ARTIKEL

Johnny Pang berucap pada Majlis Restu Ilmu dan penyampaian sumbangan beg sekolah kepada calon SPM dan STPM SMK Bintulu pada Jumaat.

RM2.1 juta untuk ruang berbumbung serbaguna SMK Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan khas RM2.1 juta untuk pembinaan ruang berbumbung serbaguna di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bintulu bagi menyediakan kemudahan yang lebih luas dan selesa untuk pelbagai aktiviti sekolah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming, berkata kemudahan yang dirancang di kawasan parkir sedia ada itu akan digunakan untuk perhimpunan, majlis rasmi dan kegiatan kokurikulum.

Menurutnya, kemudahan baharu itu dijangka membantu warga sekolah melaksanakan pelbagai aktiviti dengan lebih selesa, khususnya ketika cuaca tidak mengizinkan aktiviti dijalankan di kawasan terbuka.

“Saya amat gembira kerana cadangan ini mendapat kelulusan peruntukan khas RM2.1 juta daripada Kerajaan Sarawak.

“Sekarang, kita menantikan proses seterusnya supaya projek ini dapat direalisasikan secara berperingkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Restu Ilmu dan penyerahan sumbangan beg sekolah kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) SMK Bintulu, di sini pada Jumaat.

Johnny Pang berkata pembinaan ruang berbumbung itu antara usaha menambah baik prasarana sekolah sedia ada bagi memenuhi keperluan pelajar dan warga pendidik.

Beliau berkata beberapa penambahbaikan turut dilaksanakan di SMK Bintulu sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk menaik taraf kawasan parkir, menyediakan laluan berbumbung, menambah baik kemudahan sukan dan mengecat semula bangunan sekolah.

Menurutnya, usaha menaik taraf kemudahan berkenaan dilaksanakan secara berperingkat bagi meningkatkan keselesaan pelajar serta mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif.

Beliau berkata pembangunan pendidikan bukan sahaja melibatkan pembinaan sekolah baharu, malah turut merangkumi penambahbaikan prasarana sedia ada supaya kemudahan yang disediakan terus memenuhi keperluan semasa.

Johnny Pang turut menegaskan kepentingan kerjasama antara pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta wakil rakyat dalam mengenal pasti keperluan prasarana yang perlu diberi perhatian bagi memastikan kebajikan dan keselesaan warga sekolah terus terpelihara.

BERITA LAIN

Pemandu lori maut di Jalan Bau-Lundu

BAU: Seorang pemandu lori maut selepas kenderaannya terbabas dan terbalik ke dalam parit di Kilometer 18.5 Jalan Bau-Lundu berhampiran Kampung Stenggang, hari ini. Mangsa, Kedang

BERITA TERBARU

Pak Nil kongsi rahsia seni pengucapan berkesan

KUALA LUMPUR: Ikon penyiaran Datuk Aznil Nawawi, lebih dikenali sebagai Pak Nil, bakal berkongsi seni pengucapan berkesan menerusi program eksklusif Show Ada Kelas. Berbekalkan pengalaman