ARTIKEL

Yakub menyerahkan sumbangan kepada penerima dalam Program Santuni Kasih Ramadan, Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa, hari ini.

RM29,000 geran MRP untuk masjid, surau Balingian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Penyampaian sumbangan geran kepada masjid dan surau adalah satu usaha murni memperkasakan institusi keagamaan peringkat komuniti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi berkata, masjid dan surau memainkan peranan penting dalam kehidupan kita.

“Ia bukan sahaja berfungsi sebagai tempat ibadah, malah menjadi pusat penyatuan masyarakat, tempat menimba ilmu serta menjalankan pelbagai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.

“Oleh itu, dengan adanya sumbangan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian ini, diharapkan ia dapat dimanfaatkan sebaiknya demi kemakmuran surau dan kesejahteraan penduduk setempat,” katanya.

Yakub menyerahkan sumbangan kepada penerima dalam Program Santuni Kasih Ramadan, Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Santuni Kasih Ramadan, Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa di Surau Darul Ibadah, Kampung Sungai Alo, di sini, hari ini.

Katanya, jumlah keseluruhan geran yang diserahkan adalah RM29,000 untuk sebuah masjid dan lapan surau.

Ujarnya, jumlah geran yang diberikan kepada masjid sebanyak RM5,000 dan surau RM3,000.

Sehubungan itu, Yakub turut menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada golongan asnaf dan mereka yang memerlukan menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba.

“Saya juga berharap agar kita meraikan Hari Raya dengan gembira dan sempurna bersama keluarga,” katanya lagi.

RAKAM KENANGAN… Yakub merakam kenangan bersama yang lain dalam program tersebut.

Dalam pada itu, Yakub turut memberitahu bahawa Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa komited dalam membawa pembangunan ke seluruh kawasan di negeri ini.

Ini dibuktikan melalui projek yang telah dilaksanakan seperti jalan raya, kemudahan awam, rumah ibadat, bekalan utiliti dan sebagainya.

“Usaha ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa mengambil berat tentang keperluan serta kesejahteraan rakyatnya termasuk kawasan luar bandar.

“Pembangunan yang kita nikmati hari ini adalah hasil daripada perancangan yang baik serta kepimpinan kerajaan yang sentiasa turun padang, mendengar masalah rakyat dan berusaha mencari penyelesaian.

“Kita dapat melihat bahawa Kerajaan GPS tidak pernah melupakan rakyat, malah sentiasa berusaha memastikan setiap kawasan mendapat manfaat daripada pembangunan yang dilaksanakan,” tambahnya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU