ARTIKEL

RM300 juta untuk bina pelabuhan laut dalam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan sebanyak RM300 juta bagi pelaksanaan projek pembinaan pelabuhan laut dalam di Kuala Baram di sini.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, projek pelabuhan itu yang kini masih dalam peringkat perancangan akan dibina dengan menggunakan kaedah tebus guna tanah dengan kedalaman 12 meter.

“Pembinaan pelabuhan laut dalam ini nanti akan memberi manfaat kepada rakyat di Miri, dan ia sememangnya dirancang untuk dibina bagi kegunaan orang ramai khususnya masyarakat yang mendiami kawasan sekitar bandar raya ini.

“Kewujudan pelabuhan ini nanti akan berupaya menarik pelabur dari luar untuk datang membuat pelaburan di Miri,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri (LAKMM) di sini semalam.

Majlis yang diadakan itu turut dihadiri oleh isteri Abang Johari, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, serta Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan juga isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Dalam pada itu katanya, Kerajaan Sarawak juga turut mempunyai perancangan untuk menambah keupayaan penjanaan tenaga elektrik di bandar raya Miri.

Jelasnya, melalui penjanaan tenaga elektrik itu nanti, ia akan membuka ruang kepada pelaburan berasaskan tenaga yang akan memberi manfaat dari segi sosioekonomi kepada penduduk di bandar raya ini.

“Perancangan akan dilaksanakan oleh Petroleum Sarawak Berhad (Petros) bagi mengeluarkan 500 megawatt (MW) loji kuasa di Miri.

“Kemudiannya, tenaga elektrik ini akan disalurkan ke kawasan utara Sarawak yang bertujuan bagi menambah penghasilan tenaga elektrik di negeri ini,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU