ARTIKEL

Ahli Parlimen Mukah, Dato Hanifah Hajar Taib bersalaman dengan hadirin pada majlis perasmian Dewan Sri Temuai. Foto Hanifah Hajar Taib. Foto | FB Hanifah Hajar taib

RM378,000 bina dewan Baharu SK Sungai Liuk, Mukah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: SK Sungai Liuk, Balingian terima dewan baharu hasil inisiatif Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).

Dewan yang dinamakan Dewan Sri Temuai itu dirasmikan Timbalan Menteri Ekonomi merangkap Ahli Parlimen Mukah, Dato Hanifah Hajar Taib, hari ini.

Pembinaan dewan terbabit menelan kos keseluruhan RM378,000, hasil peruntukan RM350,000 di bawah RTP dan RM28,000 lagi melalui Projek Mesra Rakyat (PMR) yang disalurkan oleh Dato Hanifah sendiri.

Kemudahan itu bukan sahaja memberi ruang lebih kondusif dan selesa untuk pelaksanaan pelbagai program sekolah, malah mencerminkan semangat kebersamaan antara warga sekolah dan komuniti setempat.

“Saya komited memastikan prasarana pendidikan di luar bandar terus dipertingkat demi menjamin persekitaran pembelajaran yang selamat dan menyenangkan buat anak-anak kita,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau turut memberi jaminan akan meneruskan sokongan kepada pihak sekolah dalam usaha menaiktaraf kemudahan sedia ada dari semasa ke semasa.

Majlis perasmian turut diserikan dengan kehadiran pegawai pendidikan, guru-guru, ibu bapa serta penduduk kampung yang menyambut baik pembangunan itu sebagai pemangkin kepada kemajuan pendidikan luar bandar.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU