ARTIKEL

BERCAKAP... Abdul Karim ketika ditemui pemberita selepas sesi kunjungan hormat Pengurusan Tertinggi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di Bangunan Baitulmakmur II, hari ini.

RM450 juta anjur Sukan Solidariti Islam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak dijangka membelanjakan sehingga RM450 juta bagi menganjurkan Sukan Solidariti Islam 2029.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kos terperinci masih belum dimuktamadkan, namun peningkatan perbelanjaan dijangka mengambil kira jumlah negara peserta yang lebih besar.

“Jumlah sukan bagi Sukan SEA dan Sukan Solidariti Islam lebih kurang sama. Tetapi Sukan SEA hanya melibatkan 11 negara, manakala Sukan Solidariti Islam melibatkan 57 negara.

“Bagi Sukan SEA, kos penganjuran mencecah RM350 juta. Justeru, temasya ini mungkin memerlukan tambahan RM50 juta atau RM100 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi kunjungan hormat Pengurusan Tertinggi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di Bangunan Baitulmakmur II, di sini, hari ini.

Terdahulu, Abdul Karim pulang dari Taif, Arab Saudi, selepas Kerajaan Sarawak, Persatuan Sukan Solidariti Islam (ISSA) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menandatangani memorandum persefahaman sempena Perhimpunan Agung ISSA Ke-15.

Sarawak akan menjadi tuan rumah temasya itu hanya dua tahun selepas negeri ini menjadi tuan rumah bersama Sukan SEA 2027, dengan Kuching dijadualkan menjadi lokasi upacara pembukaan.

Abdul Karim berkata, kemudahan sukan yang dinaik taraf bagi Sukan SEA 2027 dijangka menjadi asas persiapan Sarawak untuk penganjuran temasya 2029.

Menurutnya, penganjuran temasya berkenaan turut membuka peluang kepada Sarawak memperkukuh sektor pelancongan sukan menerusi kehadiran atlet, jurulatih, kru, ahli keluarga dan penyokong dari luar negara.

Abdul Karim berkata, temasya itu juga dapat meningkatkan profil Sarawak dalam kalangan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang masih kurang mengenali negeri ini.

Dalam lawatan ke Taif, Abdul Karim turut mengadakan kunjungan hormat terhadap Menteri Sukan Arab Saudi merangkap Presiden ISSA, Putera Abdulaziz Turki Al Faisal.

Menurutnya, Putera Abdulaziz menyatakan hasrat untuk menghadiri temasya berkenaan di Sarawak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU