ARTIKEL

Datuk Seri Huang Tiong Sii bersama penerima cek pampasan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Sarikei.

RM5.32 juta pampasan diserahkan untuk projek Jalan Nyelong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Sebanyak RM5.32 juta dibayar kepada 100 pemilik tanah sebagai pampasan pengambilan tanah bagi merealisasikan pembinaan Jalan Nyelong By Pass-Kwong Ming Minah, di sini.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Sri Huang Tiong Sii berkata, bayaran berjumlah RM5,328,390.30 itu melibatkan pengambilan 32 bidang tanah dengan keluasan keseluruhan 6.61 hektar atau 16.34 ekar.

“Daripada jumlah itu, 29 bidang adalah tanah berhak milik, manakala tiga lagi membabitkan tanah kerajaan yang berada dalam jajaran projek.

“Keseluruhan 117 keping cek pampasan diserahkan kepada 100 pemilik tanah terbabit selepas proses pengambilan tanah dilaksanakan,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Cek Pampasan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sarawak Bahagian Sarikei, di sini, semalam.

Katanya, pelaksanaan projek itu mencerminkan kesungguhan kerajaan memperkukuh kemudahan infrastruktur dan meningkatkan kesalinghubungan jalan raya untuk manfaat penduduk setempat.

Tiong Sii turut menzahirkan penghargaan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, atas perhatian serta komitmen berterusan terhadap pembangunan infrastruktur di seluruh negeri.

Projek yang dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak itu membabitkan pembinaan jalan sepanjang dua kilometer dengan lebar 25 meter bagi meningkatkan jaringan perhubungan di kawasan berkenaan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU