RM500 khairat kematian untuk ahli Darul Hana

KOTA SAMARAHAN: Pertubuhan Darul Hana Sarawak (Perdana) menyerahkan sumbangan khairat kematian kepada waris ahli di Kampung Jemukan baru-baru ini.

Sumbangan sebanyak RM500 tersebut antara salah satu sumbangan untuk masyarakat Islam yang menyertai Perdana Sarawak.

Pengerusi Darul Hana Sarawak Ustaz Adie berkata, jika ada ahli ataupun ahli keluarga kepada ahli iaitu suami atau isteri atau anak ataupun ibu bapa yang meninggal mereka layak menerima khairat kematian.

Menurutnya, Pertubuhan Darul Hana Sarawak membantu menguruskan sistem pemulihan secara Islamik dalam menangani masalah sosial.

“Selain itu, ia bermatlamat menjalankan aktiviti dakwah dan mengeratkan silaturrahim.

“Darul Hana menyatukan setiap individu muslim atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia.

“Ia juga menjalankan kerja-kerja dan perkhidmatan amal untuk masyarakat umum serta membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi umat Islam,” katanya.

Beliau berkata, masyarakat Islam yang berumur 18 tahun ke atas digalak untuk menjadi ahli Perdana.

Keahlian adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang beragama Islam berumur 18 tahun ke atas.

“Antara aktiviti ialah penglibatan dalam Kampung Mengaji dan Kem Rawatan Darul Hana.

Dari segi manfaat yang diperolehi menjadi ahli Perdana ialah dari segi Kebajikan (khairat kematian, keraian perkahwinan dan lain-lain, Ekonomi (Pembangunan ekonomi ahli-ahli,penubuhan koperasi) dan Pendidikan (pembangunan modal insan),” katanya.

Sebarang pertanyaan boleh Whatapps Ustaz Adie di talian 016 7732165.