ARTIKEL

SIDANG MEDIA...Azizul Anuar Adenan.

RM65,000 jadi rebutan dalam Regata Batang Kayan 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUNDU: Acara sukan air berprestij, Regata Batang Kayan 2024 kembali menemui peminatnya.

Perlumbaan kali ini akan berlangsung selama tiga hari bermula dari 26 hingga 28 Julai ini di Sungai Batang Kayan, Lundu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Anuar Adenan memberitahu, perlumbaan kali ini menyediakan hadiah wang tunai keseluruhan RM65,000.

Menurut Azizul, sebanyak 17 kategori dipertandingkan selama tiga hari perlumbaan dijalankan itu

“Penyertaan luar jangkaan diterima pihak kita setakat ini iaitu 20 pasukan. Himpunan pasukan yang turut serta mewakili pelbagai pasukan sekitar daerah Lundu, Sematan, Kuching, Kota Samarahan dan Gedong,” ujar Azizul pada sidang media di Medan Selera Lundu sebentar tadi.

Sambil menyatakan antara pecahan kategori dipertandingkan kelak perahu balok 10 pekayuh lelaki, bidar 15 pekayuh lelaki, 20 campuran, 20 pekayuh lelaki, 20 pekayuh lelaki VIP, 25 pekayuh lelaki (Piala ADUN N. Tanjong Datu), 30 pekayuh lelaki (Marathon 4km) dan 30 pekayuh lelaki (Raja Sungai).

“Apa yang menariknya, perlumbaan untuk 30 pekayuh lelaki yang menyediakan wang tunai RM12,000 untuk pemenang gelaran ‘Raja Sungai’.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU