ARTIKEL

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi melawat tapak pameran Persidangan Kejuruteraan Geoteknik Serantau Malaysia 2026 (MRGEC2026).

RM900 Juta Diperuntuk Baik Pulih Jajaran ‘Redline’ Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Persekutuan kini sedang memuktamadkan mekanisme bagi menangani jajaran bermasalah di Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak, dengan kerja penambahbaikan bagi seksyen yang dikenal pasti sebagai kawasan ‘redline’ dianggarkan menelan kos sekitar RM900 juta.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, keputusan dibuat baru-baru ini bagi membolehkan kerja-kerja menangani seksyen terlibat dimulakan dalam masa terdekat.

Katanya, jajaran yang menjadi perhatian orang ramai itu melibatkan keseluruhan jarak sejauh 136 kilometer di sepanjang lebuh raya berkenaan.

Menurutnya, kerajaan bercadang melantik syarikat konsesi penyelenggaraan selain meneliti kaedah pembiayaan alternatif bagi memudahkan pelaksanaan kerja terbabit.

Katanya, kaedah pembiayaan konvensional mungkin tidak mencukupi memandangkan skala projek yang besar.

Nanta memberi jaminan kepada orang ramai bahawa perkara ini sedang diberi perhatian dan pelantikan syarikat berkaitan akan dibuat sebaik proses dimuktamadkan.

Berkaitan perkembangan projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah, Nanta berkata pelaksanaannya berjalan lancar walaupun berdepan cabaran lebih besar berbanding di Sarawak.

Menurut beliau, isu pengambilan tanah dan pemindahan utiliti antara cabaran utama di Sabah selain faktor bentuk muka bumi berbukit dan bergunung-ganang yang turut menyukarkan pelaksanaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU