ARTIKEL

RMK13 Sarawak bakal menjadi pelan pembangunan paling komprehensif dalam sejarah wilayah ini berteraskan 15 sektor sosioekonomi dan pemudah cara utama.

RMK13 Sarawak pelan pembangunan paling komprehensif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) Sarawak bakal menjadi pelan pembangunan paling komprehensif dalam sejarah wilayah ini berteraskan 15 sektor sosioekonomi dan pemudah cara utama bagi memacu pertumbuhan hijau, inklusif dan berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, RMK13 merupakan kesinambungan kepada Pelan Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030), dengan penekanan kepada pemodenan ekonomi, inovasi dan kelestarian alam sekitar.

“Tujuh teras strategik PCDS 2030 terus menjadi panduan dalam merangka pelaburan berimpak, kepelbagaian ekonomi, pendigitalan serta kesejahteraan sosial rakyat.

“Matlamat jangka panjang kita adalah mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050, memastikan pertumbuhan Sarawak kekal inklusif, berdaya tahan dan berpandangan jauh,” katanya ketika melancarkan RMK13 Sarawak (2026–2030) sempena Persidangan Ekonomi Sarawak 2025 di sini, semalam.

Beliau berkata, RMK13 memberi tumpuan kepada 15 sektor utama antaranya tenaga boleh diperbaharui, pertanian komersial, pembuatan dan PKS, pelancongan dan industri kreatif, perlombongan dan minyak dan gas, transformasi digital, pembangunan modal insan, perkhidmatan sosial, logistik, inovasi, infrastruktur serta ekonomi kitaran.

“Sektor-sektor ini mencerminkan landskap ekonomi Sarawak yang semakin berasaskan nilai tinggi, mampan dan berpaksikan masa depan,” ujarnya.

Abang Johari berkata, peralihan tenaga kekal sebagai pemacu utama transformasi negeri dengan 62 peratus tenaga Sarawak kini dijana daripada sumber boleh diperbaharui iaitu angka yang disasarkan meningkat kepada 10 gigawatt menjelang 2030, sekali gus memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai ‘Bateri ASEAN’.

CAPTION: RMK13 Sarawak bakal menjadi pelan pembangunan paling komprehensif dalam sejarah wilayah ini berteraskan 15 sektor sosioekonomi dan pemudah cara utama.-TVS

BERITA LAIN

BERITA TERBARU