ARTIKEL

Rogol kekasih: Tertuduh dibawa keluar dari bilik Mahkamah Sesyen 3 oleh anggota polis.

Rogol Kekasih Bawah Umur Hingga Hamil, Lelaki Dipenjara Tujuh Tahun, Lima Sebatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang pembantu dapur dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini, kerana merogol kekasih bawah umur sehingga hamil.

Tertuduh berusia 31 tahun itu mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Musli Abdul Hamid.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia 15 tahun di sebuah rumah di Jalan Desa Wira, sekitar 11 malam, pertengahan Februari lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, pada 28 September lalu, pengadu merupakan pegawai perubatan menerima pesakit remaja berusia 15 tahun yang didapati hamil 26 minggu dan belum berkahwin.

Laporan polis dibuat oleh pengadu seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh di sebuah bilik sewa di Batu 3, sekitar 12 tengah hari, 30 September lalu.

Hasil siasatan mendedahkan tertuduh dan mangsa merupakan pasangan kekasih.

Tertuduh mengaku melakukan hubungan seks dengan mangsa pada pertengahan Februari.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Aiman Zarith Zahrullail, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU