ARTIKEL

Rogol teman wanita, lelaki tempatan dipenjara 12 tahun, 3 sebatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas kesalahan merogol seorang remaja perempuan hingga menyebabkan mengandung dan melahirkan seorang bayi lelaki, lima tahun lalu.

Hakim Musli Abdul Hamid menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh berusia 30 tahun dari Kapit selepas didapati bersalah di akhir kes perbicaraan hari ini.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol gadis berusia 16 tahun dalam sebuah rumah rehat di Simunjan, kira-kira jam 8 malam, 2 Februari 2018.

Oleh itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 12 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika disabit bersalah.

Menurut fakta kes, pengadu merupakan ibu mangsa melaporkan kepada pihak polis tentang tertuduh yang tidak mahu bertanggungjawab dan melarikan diri selepas mengandungkan anaknya serta melahirkan seorang bayi lelaki pada 15 Mac 2019.

Tertuduh kemudian berjaya ditangkap oleh pihak polis selepas menerima laporan daripada pengadu.

Hasil siasatan mendapati mangsa mengaku melakukan hubungan seks bersama tertuduh yang merupakan teman lelakinya di dalam sebuah bilik sewa.

Selain itu, berdasarkan laporan kimia mengesahkan mangsa dan tertuduh merupakan ibu bapa kandung kepada bayi lelaki.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norshafatihah Nor Azmi manakala tertuduh diwakili seorang peguam CM Sundram.

BERITA LAIN

Sarawak hanya mahu hak yang sedia ada

BINTULU: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa Sarawak tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana entiti nasional seperti yang cuba ditularkan oleh

Sarawak tidak lepaskan hak

BINTULU: Sarawak tidak melepaskan hak-haknya apabila menjadi rakan kongsi dalam penubuhan Malaysia, kata Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Sebaliknya, beliau menegaskan

BERITA TERBARU

Skuad bola sepak B-19 belasah Singapura 5-0

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak Bawah 19 Tahun (B-19) kebangsaan meneruskan rentak cemerlang dengan membelasah Singapura 5-0 pada aksi kedua Kumpulan C Kejohanan B-19 ASEAN

Kerajaan fokus selesai isu kos sara hidup

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata kerajaan akan terus melaksanakan dasar-dasar yang mampu mengangkat martabat rakyat, termasuk dalam menyelesaikan isu berkaitan kos sara hidup.