ARTIKEL

Rokok seludup bernilai RM1.9 juta berjaya dirampas di Serian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Seorang lelaki berusia 17 tahun yang mengaku sebagai penjaga premis ditahan susulan penemuan rokok seludup bernilai hampir RM1.9 juta di sebuah bangunan kawasan Bukar Sadong Land Strict, di sini, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuching, Supt Rosdi Inai berkata, penemuan tersebut hasil operasi serbuan mengejut yang dijalankan pihaknya di lokasi sekitar jam 9.30 pagi.

Menurutnya, serbuan dilakukan hasil maklumat risikan yang diperolehi menerusi Ops Libas.

“Pemeriksaan awal menemui sebanyak 1168 karton rokok kretek dan putih pelbagai jenama bernilai RM1,962,720.00 disembunyikan di tingkat atas bangunan premis berkenaan,” jelasnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, turut ditahan seorang lelaki warga tempatan, 17, yang mengaku sebagai penjaga premis ketika serbuan dijalankan.

Dedah beliau, siasatan mendapati kesemua rokok tersebut dipercayai diseludup dari negara jiran untuk dipasarkan ke pasaran tempatan.

Susulan itu, katanya, suspek bersama barangan kes diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Serian untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1) (d) Akta Kastam 1967.

Rosdi dalam kenyataannya turut menegaskan jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum denda maksimum 20 kali nilai barang atau penjara tidak melebihi tiga tahun.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan masyarakat untuk bekerjasama kepada pihak berkuasa dalam mengawal aktiviti penyeludupan atau apa jua perlakuan jenayah yang berlaku di sekitar.

SEMBUNYI… Sebanyak 1168 kotak rokok jenis kretek dan putih dipercayai diseludup daripada negara jiran berjaya dirampas

BERITA LAIN

Tebedu berpotensi jadi pusat ekonomi sempadan

KUCHING: Tebedu berpotensi berkembang sebagai pusat ekonomi sempadan yang menghubungkan Sarawak dengan Kalimantan Barat, Indonesia, menerusi perdagangan rentas sempadan, logistik dan pemasaran hasil pertanian. Ahli

BERITA TERBARU

Tebedu berpotensi jadi pusat ekonomi sempadan

KUCHING: Tebedu berpotensi berkembang sebagai pusat ekonomi sempadan yang menghubungkan Sarawak dengan Kalimantan Barat, Indonesia, menerusi perdagangan rentas sempadan, logistik dan pemasaran hasil pertanian. Ahli