ARTIKEL

Roland Sagah berucap merasmikan Program TalentPath Sarawak 2026 Siri Bintulu.

Roland Sagah: Pembangunan modal insan perlu diperkasa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) menerima peruntukan RM2 juta daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) tahun ini bagi melaksanakan Program Latihan Kemahiran di bawah Program Khas Bumiputera Sarawak (PKB), yang memberi manfaat kepada 156 peserta di seluruh negeri.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata peruntukan itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk memperkukuh kemahiran tenaga kerja tempatan serta meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi masyarakat Bumiputera.

Beliau berkata, pelaburan dalam pembangunan modal insan perlu diperkasakan bagi memastikan rakyat Sarawak memiliki kemahiran yang selari dengan keperluan semasa industri dan berupaya merebut peluang pekerjaan yang diwujudkan hasil pertumbuhan ekonomi negeri.

“Tahun ini, kementerian menerima peruntukan RM2 juta daripada ICU JPM untuk melaksanakan Program Latihan Kemahiran di bawah PKB yang memberi manfaat kepada 156 peserta.

“Inisiatif ini menyokong usaha bersama kita untuk meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi masyarakat Bumiputera di Sarawak,” katanya ketika merasmikan Program TalentPath Sarawak 2026 Siri Bintulu, di sini.

Roland berkata, momentum pembangunan bakat itu terus diperkukuh apabila kementerian turut menerima kelulusan tambahan RM500,000 baru-baru ini bagi memperluaskan peluang latihan kepada 63 peserta menerusi pendekatan Train & Place.

Menurutnya, peserta terbabit akan mengikuti lima kursus berasaskan keperluan industri yang dijalankan di TVET MARA Bintulu, Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sarawak dan Pelita Maslaut Sdn Bhd.

Beliau berkata pendekatan Train & Place bukan sahaja menyediakan latihan kemahiran, malah memberi tumpuan kepada penempatan pekerjaan bagi meningkatkan kebolehpasaran peserta selepas tamat latihan.

“Kursus yang ditawarkan dirangka untuk melengkapkan peserta dengan kemahiran yang diperlukan industri. Melalui pendekatan ini, mereka bukan sahaja menjalani latihan, tetapi turut dipersiapkan untuk memasuki pasaran pekerjaan,” katanya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU