ARTIKEL

Pegawai Pusat Khidmat DUN Meluan, Faridzul Abdullah dan Lucia menyampaikan sumbangan kepada keluarga mendiang Rayang Demang di Rumah Moses Pulau.

Rolland hulur sumbangan kepada keluarga mendiang Rayang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JULAU: Keluarga mendiang Rayang Demang menerima sumbangan daripada penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Meluan, Datuk Rolland Duat Jubin, bagi meringankan beban mereka selepas kehilangan ahli keluarga.

Sumbangan disampaikan oleh pegawai Pusat Khidmat DUN Meluan, Lucia dan Faridzul Abdullah, kepada keluarga mendiang di Rumah Moses Pulau, hari ini.

Sehubungan itu, Rolland berharap dapat membantu keluarga mendiang menampung keperluan sepanjang tempoh berkabung dan menguruskan urusan berkaitan kehilangan terbabit.

“Semoga keluarga mendiang terus diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini,” katanya

Dalam perkembangan sama, Pemuda Parti Demokratik Progresif (PDP) turut menyumbangkan bantuan berupa makanan kepada keluarga mendiang.

“Saya juga berharap ia sedikit banyak dapat membantu meringankan urusan keluarga sepanjang menghadapi tempoh sukar,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU