ARTIKEL

SIMBOLIK… Pesuruhjaya Polis Sarawak, Mohamad Zainal Abdullah menyaksikan simbolik serah terima tugas antara Mohd Irwan Hafiz Md Radzi dan Barry William pada Majlis Serah Terima Tugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Samarahan, hari ini. Foto MOHD ALIF NONI.

Rombakan KPD Perkukuh Pentadbiran Polis Sarawak Menjelang PRN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Polis Sarawak melaksanakan rombakan kepimpinan di beberapa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) sebagai langkah strategik memperkukuh pentadbiran kontinjen serta meningkatkan kesiapsiagaan pasukan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, rombakan itu turut membabitkan pertukaran Ketua Polis Daerah (KPD) Padawan dan Kota Samarahan sebagai sebahagian daripada usaha menyusun semula pentadbiran di kesemua 28 daerah polis di negeri ini.

Menurutnya, penyusunan semula tersebut bertujuan memperkasakan aspek pengurusan, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta memastikan setiap daerah polis mampu memenuhi keperluan keselamatan semasa dengan lebih berkesan.

“Matlamat utama kita adalah untuk memastikan rakyat di negeri ini terus menikmati keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran selaras dengan aspirasi Sarawak Maju Makmur,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Samarahan, hari ini

Beliau berkata, secara keseluruhannya beliau berpuas hati dengan prestasi pegawai dan anggota polis Sarawak yang sentiasa komited melaksanakan amanah serta tanggungjawab, meskipun masih terdapat beberapa aspek yang perlu terus diperkasakan.

Katanya, antara perkara yang sedang diberi perhatian ialah usaha memperkukuh keupayaan logistik menerusi perolehan bagi pembinaan beberapa IPD baharu, termasuk Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, bagi menyokong keperluan operasi pasukan pada masa hadapan.

Mengulas persiapan menghadapi PRN Sarawak, beliau berkata, seluruh jentera Polis Sarawak akan berada pada tahap kesiapsiagaan optimum.

“Ia bagi membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengendalikan proses pilihan raya secara aman, lancar dan teratur, sekali gus menjamin keselamatan serta ketenteraman awam di seluruh negeri,” katanya.

Dalam rombakan itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Superintenden Barry William, 48, menerima kenaikan pangkat sebelum dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Padawan, manakala Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi, 47, ditukarkan sebagai Ketua Polis Daerah Kota Samarahan.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan