ARTIKEL

Rombongan peserta Konvoi Kembara Sarawak Merdeka tiba di Sibu Jaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Rombongan peserta Konvoi Kembara Sarawak Merdeka telah singgah di Sibu Jaya hari ini sebagai mengakhiri kembaranya selama dua hari di Sibu.

Ketika singgah di Sibu Jaya, rombongan konvoi diketuai Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan I Datuk Gerald Rentap Jabu telah disambut Ahli Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Kaunselor Joshua Ting Fu Ying selaku mewakili Adun Dudong Datuk Seri Tiong King Sing.

TING (empat kanan) menyerahkan bendera konvoi kepada Rentap.

Turut menyambut ketibaan rombongan ialah Residen Bahagian Sibu Wong Hee Sieng dan Setiausaha MDLBS Ng Siang Wei.

Dalam konvoi berkenaan, seramai 140 peserta mengambil bahagian yang terdiri 21 buah kenderaan pacuan empat roda, 14 buah kenderaan agensi kerajaan, tiga buah kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan dua buah lagi kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Semasa di Sibu Jaya, Rentap sambil diiringi Ting turut mengagihkan bendera Sarawak kepada orang ramai di Tamu Sibu Jaya.

Selepas dilepaskan oleh Ting, Rentap bersama rombongannya meneruskan kembara mereka ke Kanowit.

Konvoi sempena Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka itu yang tiba di Sibu sejak Ahad lalu telah menjelajah ke beberapa lokasi antaranya Rumah Bangit di Penasu, Pasar Sentral Sibu dan Pasaraya Farley.

Dari Kanowit, peserta konvoi akan meneruskan perjalanan ke Song dan Kapit.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU

SUKAN