ARTIKEL

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah merakam gambar kenangan selepas menyempurnakan ibadah umrah di Masjidil Haram, di sini, malam tadi. GAMBAR: ASTANA SARAWAK

Rombongan Tun Wan Junaidi laksana umrah di Mekah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MEKAH: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menunaikan ibadah umrah di Masjidil Haram, malam tadi.

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah bersama rombongan berkesempatan menunaikan solat Isyak secara berjemaah sebelum menikmati makan malam berkonsepkan hidangan Arab sebagai persiapan untuk menunaikan ibadah umrah.

Antara hidangan yang disajikan kepada rombongan ialah nasi basmati mandy bersama kambing masak Arab serta beberapa juadah tradisional Timur Tengah lain dalam suasana penuh kesyukuran dan ukhuwah.

Sejurus selesai makan malam, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah bersama rombongan berangkat ke Masjidil Haram bagi menunaikan ibadah umrah.

Mengiringi mereka ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan merangkap Menteri Pengiring, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama isteri, Datin Seri Zuraini Abdul Jabbar serta Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir bersama isteri, Nor Lily Mohamad Zaidel.

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah bersama keluarga merakam gambar kenangan di Masjidil Haram, di sini, malam tadi. GAMBAR: ASTANA SARAWAK

Sebaik tiba di Masjidil Haram pada jam 9.30 malam waktu tempatan, Tun Wan Junaidi bersama Toh Puan Fauziah serta rombongan memulakan ibadah umrah dengan menunaikan solat sunat tahiyatul masjid sebelum melaksanakan tawaf umrah mengelilingi Kaabah dan diteruskan dengan solat sunat tawaf.

Rombongan kemudiannya meneruskan ibadah sa’ie umrah antara Bukit Safa dan Marwah sebelum bertahalul sebagai tanda selesai menunaikan ibadah umrah dengan sempurna.

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah turut meluangkan masa melihat Kaabah sebelum berangkat pulang.

Bagi jemaah yang melaksanakan ibadah haji secara tamattu’, ibadah umrah yang disempurnakan ini merupakan sebahagian daripada tuntutan haji sebelum menunggu masuknya waktu ibadah haji dan berniat ihram semula pada hari yang ditetapkan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU