ARTIKEL

Farus (tengah) dan Mohd Ikmarrudin (kanan) diiringi anggota polis keluar dari bilik Mahkamah Sesyen.

Rompak Berkumpulan: Dua Lelaki dan Suami Isteri Dihukum Penjara 10 Tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua lelaki dan sepasang suami isteri, dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen hari ini, kerana merompak seorang lelaki di dalam bilik sebuah hotel bajet, 13 November lalu.

Mohd Ikmarrudin Adery, 30, Mohd Farus Junaidi, Nor Atiesya Mohammad Effindy, 30, dan Zaidi Majani, 37, masing-masing mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Musli Abdul Hamid.

Zaidi merupakan lelaki yang berperwatakan wanita dibawa keluar oleh anggota polis lalu menuju ke bilik tahanan sementara mahkamah.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama-sama melakukan rompakan berkumpulan ke atas seorang lelaki berusia 24 tahun.

Mereka didakwa membawa pergi barang-barang milik mangsa seperti wang tunai berjumlah RM480, sebuah telefon pintar, kad ATM, kad pengenalan, dan sebuah kereta jenis Proton Preve termasuk kunci kereta.

Nor Atiesya keluar dari Mahkamah Sesyen dibawa oleh anggota polis wanita.

Mereka melakukan kesalahan itu di dalam bilik sebuah hotel bajet di Centre Park, sekitar 8 malam hingga 10.13 malam, 13 November lalu.

Pendakwaan kes mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.

Mohd Ikmarrudin, Mohd Farus dan Zaidi masing-masing dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan lima sebatan. Manakala, Nor Atiesya dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian, pengadu bersama-sama seorang wanita yang dikenali sebagai ‘Bella’ berada di dalam bilik hotel tersebut.

Kemudian pengadu didatangi dua lelaki dan salah seorang daripada mereka mengaku sebagai suami ‘Bella’.

Mereka marah dan meminta pengadu memberikan wang untuk melepaskan pengadu.

Kemudian salah seorang tertuduh mengambil kunci kereta, kad pengenalan dan telefon bimbit pengadu.

Sebelum pergi menggunakan kereta pengadu, mereka berpesan supaya menghubungi nombor telefon pengadu sekiranya telah mempunyai wang seperti yang diminta.

Pengadu sempat mengejar menggunakan motosikal milik salah seorang tertuduh yang ditinggalkan sehingga ke sebuah pusat beli-belah sebelum kenderaan gagal dijejaki.

Laporan polis dilakukan oleh pengadu seterusnya membawa kepada penangkapan kesemua tertuduh pada 14 November di tempat berasingan.

Hasil siasatan mendedahkan modus operandi kumpulan tersebut dengan peranan Mohd Ikmarrudin mengugut menggunakan pisau, melarikan kereta, dan mengawal komunikasi dengan menukar kad sim mangsa.

Manakala, Farus sebagai ketua operasi dengan menjadi dalang menyamar sebagai ‘Bella’ serta merancang rompakan tersebut.

Isteri Farus iaitu Nor Atiesya berperanan sebagai penarik mangsa dengan pelaksana penyamaran suaminya dan membantu proses ugutan.

Manakala, Zaidi yang merupakan lelaki berperwatakan wanita menyediakan lokasi perancangan serta melakukan pemerasan awal wang sebanyak RM300 kepada mangsa.

Pihak polis membuat rampasan barang kes dan pengadu mengesahkan bahawa barang tersebut miliknya. Hasil kawad cam kesemua tertuduh adalah positif.

Timbalan Pendakwa Raya Asmawi Nur Haqim Mokhtar memohon agar kesemua tertuduh dikenakan hukuman berat sebagai pengajaran dan demi kepentingan awam.

BERITA LAIN

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah