ARTIKEL

RON95 dijangka turun RM1.32 seliter

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kejatuhan mendadak harga minyak dunia susulan perang harga di antara pengeluar utama minyak dunia iaitu Arab Saudi dan Russia berkemungkinan menyaksikan harga runcit minyak terutama RON95 berpotensi turun sehingga RM1.32 seliter, demikian mengikut MIDF Research.

Bagaimanapun, bahagian penyelidikan ekuiti itu berkata, kejatuhan harga komoditi itu akan memberi lebih banyak kesan negatif kepada Malaysia berbanding positif memandangkan negara adalah pengeksport minyak.

Dalam notanya hari ini, MIDF Research berkata, dari sudut positif harga runcit minyak terutama RON95 mungkin akan menurun sehingga RM1.32 seliter jika purata harga penanda aras minyak mentah Brent berada pada AS$35 setong.

Situasi itu akan akan menyebabkan kadar infl asi kekal rendah dan menyokong penggunaan domestik. “Dari sudut negatif pula, penyusutan harga minyak dunia ini akan memberi tekanan kepada kapasiti fiskal Malaysia memandangkan Belanjawan 2020 sebelum ini dirangka berdasarkan andaian harga minyak ialah AS$62 setong.

“Kerajaan yang baru terbentuk kali ini dilihat berkemungkinan besar akan menyemak semula Belanjawan 2020 dan kita mungkin boleh lihat akan berlaku pengurangan dalam perbelanjaan dan pelaburan kerajaan,” katanya.

Bagi sektor perlombongan, MIDF Research berkata, pihaknya berpandangan yang sektor terbabit akan terus perlahan ditengah-tengah permintaan yang lemah dan kejatuhan mendadak harga minyak dunia.

“Pertumbuhan perlahan di dalam sektor perlombongan akan menjejaskan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dengan ketara disebabkan oleh kandungan nilai tambahnya yang tinggi. “Pada tahap ini kami menjangkakan yang pertumbuhan KDNK akan berada di bawah tekanan pada tahun 2020,” katanya.

BERITA LAIN

Teknologi dan skala perniagaan kunci kenaikan gaji pekerja

KUALA LUMPUR: Penggunaan teknologi dan peningkatan skala perniagaan mampu memperkukuh produktiviti serta keupayaan syarikat untuk mengembalikan hasil pertumbuhan kepada pekerja menerusi kenaikan gaji. Menteri Ekonomi,

BERITA TERBARU