MUKAH: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Dun Tellian, Royston Valentine secara rasmi memenangi kerusi Tellian menerusi 4,282 undi dengan majoriti 2,917 undi.
Ini sekali gus menjadikan beliau dipilih menjadi wakil rakyat di Dun Tellian untuk lima tahun.
Keputusan berkenaan diumumkan oleh Pegawai Pengurusan Pilihan Raya bagi Dun Tellian, Peleadzman Ahid pada jam 7.30 malam tadi di Pusat pengiraan undi di Dewan Sri Pekala Kampung Kuala Lama.
Royston menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Arwin Lim Abdullah dengan undi diperoleh 287 undi.
Diikuti Sait Junaidi dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) 1,365 undi manakala dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) Zainuddin Budug dengan 175 undi.
Peleadzman menambah, peratusaan pengundi keluar mengundi pada PRN ke-12 kali ini di Dun Tellian kali ini ialah 61.69 peratus dan jumlah undi ditolak ialah 79.
Turut hadir sama isterinya Betrice Zuras dan mantan Adun Tellian Yusibnosh Balo.
Keputusan berkenaan sekali gus meletakkan Royston sebagai belia pertama menjadi wakil rakyat di kerusi majoriti Melanau di kawasan bahagian Mukah.



