ARTIKEL

Rubiah Wang pengerusi lembaga pengarah Kraftangan baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri hari ini menyampaikan watikah pelantikan kepada Pengerusi Lembaga Pengarah Kraftangan Malaysia yang baharu, Rubiah Wang.

Rubiah yang juga Ahli Parlimen Kota Samarahan dilantik menjawat jawatan berkenaan pada 6 April lepas bagi menggantikan Suryani Senja Alias.

Turut hadir pada majlis berkenaan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Dr Noor Zari Hamat dan Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia Ibrahim Ismail.

Menurut Kraftangan Malaysia dalam satu kenyataan, pada majlis hari ini, Nancy turut menyampaikan watikah penyambungan tempoh pelantikan kepada timbalan pengerusinya Datuk Abdullah Ab Rahman dan dua ahli lembaga pengarahnya Suzilawaty Shuib dan Karim Samsuri.

Menurut kenyataan itu, pelantikan berkenaan mampu mendorong, memajukan serta memartabatkan lagi industri kraftangan ke peringkat yang lebih tinggi bagi kelestarian industri kraf negara dalam menghadapi arus kemodenan dan globalisasi.

— BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi