ARTIKEL

Rugi lebih RM70K, dirompak dekat Emart, Batu Kawa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BATU KAWA: Seorang wanita berusia 51 tahun kerugian lebih RM72,000 selepas dirompak oleh seorang lelaki bersenjatakan pisau di kawasan tempat letak kereta pasar raya Emart, Batu Kawa, semalam.

Kejadian sekitar jam 4.25 petang itu berlaku ketika mangsa berada di dalam kenderaannya untuk menghidupkan enjin sebelum suspek secara tiba-tiba masuk di tempat duduk penumpang lalu mengacukan pisau lipat ke arah pinggang mangsa untuk tidak membuat bising dan menghidupkan enjin kereta.

Mangsa yang dalam ketakutan hanya mengikuti arahan suspek.
Sejurus kemudian suspek menolak mangsa keluar dari kenderaan terbabit dan terus melarikan kenderaan mangsa bersama beg duit yang mengandungi dokumen penting dan telefon bimbit.

Dedahnya, kenderaan terbabit dilihat menuju ke kawasan Desa Wira, Batu Kawa sejurus selepas mangsa ditolak keluar daripada kereta.

Mengesahkan kejadian, Timbalan Ketua Polis Padawan Deputi Superintedan Lim Jaw Shyong berkata mangsa ketika kejadian cuma berseorangan ke pasar raya Emart Batu Kawa untuk membeli telur dan sayur-sayuran.
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 22 Mac 2021

BERITA LAIN

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)

BERITA TERBARU