ARTIKEL

Kerosakan pada rumah mangsa selepas dipecah masuk.

Rumah baharu rosak dipecah masuk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Seorang doktor mengalami kerugian kira-kira RM2,500 selepas rumahnya di taman perumahan baharu, Taman Meranti di sini dipecah masuk.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Superintenden Damataries Lautin berkata mangsa, 35, menyedari rumah yang belum didiaminya itu dipecah masuk kira-kira jam 5.30 petang semalam.

“Pemeriksaan mendapati kabel elektrik telah dicabut dan hilang, meter elektrik hilang, pintu tandas, pintu bilik diumpil dan dirosakkan, tingkap depan rumah diumpil dan dirosakkan serta saluran paip air hujan dirosakkan,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, rumah tersebut masih kosong namun elektrik dan air telah dipasang.

Pada masa sama, Damataries berkata tiada jiran yang tinggal berhampian dan tiada kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

“Kali terakhir pengadu melawat rumah dan melihat rumah tersebut dalam keadaan baik adalah pada 13 September lalu, kira-kira jam 11 pagi,” katanya.

Sehubungan itu, katanya siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengesan suspek.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah

BERITA TERBARU