ARTIKEL

Kebakaran yang bermula dari kebun telah merebak ke rumah penduduk kampung yang menyebabkan rumah dan sebuah kenderaan pikap musnah dalam kejadian.

Rumah dan kereta pikap musnah terbakar dalam kebakaran di Kampung Taee

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Sebuah rumah dan sebuah kenderaan pikap di Jalan Riih Baki, Kampung Taee, di sini musnah dalam kebakaran malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 7.51 malam lalu mengerakkan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian.

Katanya, kebakaran bermula dari kebun sebelum merebak ke rumah penduduk kampung.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis kekal dan sebuah kereta jenis Toyota Hilux yang telah terbakar 100 peratus.

“Pasukan bomba telah mengaplikasikan kaedah pemadaman secara RECEO dengan membentang dua aliran 400 kaki, tiga nozzle pam jentera air dari pili bomba,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

PGO berkata, tiada penghuni berada di rumah ketika kejadian berlaku.

Katanya, kebakaran telah dapat dikawal sepenuhnya pada jam 9.18 malam.

“Pemadaman turut dibantu oleh Pasukan Charlie yang mengambil alih tugas di tempat kejadian,” katanya.

Sebuah kereta pikap jenis Toyota Hilux musnah dalam kebakaran dilaporkan jam 7.51 malam.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU