ARTIKEL

Rumah di Kampung Muhibbah musnah terbakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebuah rumah di Kampung Muhibbah di sini musnah dalam kebakaran hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 2.42 petang itu, membabitkan rumah jenis struktur tidak kekal berkeluasan 40 kaki persegi.

Katanya, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Pasukan bomba turut mendapatkan bantuan orang kampung bagi membawa peralatan pemadaman seperti pam dan hose menggunakan perahu dari wharf seberang Kampung Muhibbah memandangkan akses jalanraya ke lokasi hanya boleh dilalui oleh kenderaan kecil.

“Pemadaman menggunakan dua pancutan melalui pili bomba berdekatan iaitu pada jarak 200 kaki dan menggunakan pam tambahan untuk mengepam air dari sungai berdekatan bagi memadamkan sisa-sisa kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, keakaran tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.07 petang,” jelasnya.

Operasi tamat pada jam 3.44 petang.

 

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU