ARTIKEL

Rumah dua tingkat di Jalan Pisang musnah terbakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebuah rumah dua tingkat di Jalan Pisang, belakang SJK Chung Hua No.4 musnah 100 peratus dalam kebakaran pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, kejadian dilaporkan sekitar jam 10.48 pagi.

“Kebakaran telah berjaya dikawal pada jam 11 pagi dan dilaporkan musnah 100 peratus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya operasi pemadaman dilakukan oleh anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang yang bergerak balik dari operasi kebakaran sampah di Jalan Stephen Yong.

Anggota dan jentera dari BBP Padungan turut tiba di lokasi kejadian bagi membantu pemadaman api.

Bantuan jentera tanker dari BBP Tabuan Jaya turut digerakkan ke lokasi.

Setakat ini, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan kerana rumah tersebut tiada penghuni semasa kebakaran.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU