ARTIKEL

Rumah musnah terbakar, penghuni selamat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Pa Umor, Bario milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, musnah dalam insiden kebakaran, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi, Maureen Sim Ah Lian berkata, pihak bomba dan polis menerima laporan sekitar 1.10 pagi dan terus menggerakkan pasukan mereka untuk membantu di lokasi kejadian.

Katanya, tindakan awal bagi memadamkan api kebakaran dilaksanakan oleh penduduk kampung, pihak polis dan sukarela di lokasi kejadian, namun ia tidak dapat diselamatkan dan terbakar sepenuhnya.

“Jarak BBP Marudi ke lokasi mengambil masa sekitar 20 jam melalui laluan darat yang melalui jalan balak. Justeru, pergerakan pengesahan dan siasatan kebakaran dijalankan menggunakan helikopter bomba.

“Setibanya di lokasi kejadian yang jaraknya sekitar 10 kilometer dari Lapangan Terbang Bario, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah persendirian struktur tidak kekal bersaiz panjang 25 meter kali lebar 40 meter.

“Kesemua penghuni rumah tersebut dilaporkan selamat, dan tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa yang dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu katanya, pegawai penyiasat bertindak menjalankan siasatan kebakaran di lokasi kejadian serta mengambil maklumat penuh daripada mangsa.

Pihak bomba menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
Pihak bomba menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
Pihak bomba bertindak mengambil maklumat kesemua penghuni rumah terjejas.
Pihak bomba bersama-sama Datuk Gerawat bergerak ke lokasi kejadian bagi memantau keadaan di lokasi.

BERITA LAIN

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA

Reruai Sarawak curi perhatian pengunjung

KUCHING: Sambutan Hari Muzium Antarabangsa tahun ini mendapat pujian ramai termasuk Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. Majlis

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA