ARTIKEL

MUSNAH…Sebuah rumah di Kampung Sageng Hilir, Simunjan musnah dalam kebakaran, hari ini.

Rumah musnah terbakar, tujuh penghuni hilang tempat tinggal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMUNJAN: Tujuh penghuni sebuah rumah jenis tidak kekal di Kampung Sageng Hilir, Simunjan kehilangan tempat tinggal selepas kediaman mereka musnah sepenuhnya dalam kebakaran petang tadi.

Menurut Ketua Operasi, PBK I Fairus Jamain, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 2.36 petang dan segera menggerakkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan dengan sebuah jentera LFRT serta sebuah Hilux.

“Setibanya pasukan di lokasi kira-kira empat minit kemudian, rumah berkenaan terbakar 100 peratus dengan keluasan dianggarkan 25 x 52 kaki persegi.

“Semua penghuni berjaya menyelamatkan diri, tetapi harta benda mereka musnah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah Fairus, kesemua penghuni terdiri daripada seorang lelaki dewasa, dua wanita dewasa dan empat kanak-kanak.

Mereka kini terpaksa menumpang di rumah saudara serta bergantung kepada bantuan komuniti selepas kehilangan tempat tinggal.

“Terdahulu, anggota bomba bertindak segera menggunakan satu aliran 300 kaki dengan dua pancutan dari pam jentera, manakala sumber air diperoleh dari pili bomba berdekatan.

“Operasi pemadaman selesai dalam masa 14 minit, tetapi kerja overhaul masih dijalankan bagi memastikan tiada sisa api tinggal.

“Pihak bomba menasihati orang awam agar sentiasa berhati-hati dengan penggunaan peralatan elektrik dan bahan mudah terbakar di rumah.
“Setiap rumah disarankan memiliki alat pemadam api asas dan laluan kecemasan jelas bagi menghadapi kemungkinan kebakaran,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU