ARTIKEL

Rumah panjang 27 pintu di Betong musnah terbakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Rumah Panjang Peter Igoh Nanga Mujan Skrang, di sini, yang mempunyai 27 pintu terbakar 100 peratus, hari ini.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan berkenaan perkara ini pada jam 3.32 petang dan mengarahkan Pusat Keluaran Operasi (PKO) ke lokasi kejadian.

PADAM… Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran.

“Setibanya pihak bomba di lokasi, didapati sebuah rumah panjang 27 pintu telah musnah sepenuhnya.

“Kerja-kerja pemadaman sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, kesemua penghuni berjaya menyelamatkan diri.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU