ARTIKEL

KEBAKARAN…Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran.

Rumah panjang di Kampung Krusen Siu terbakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Sebuah rumah panjang di Kampung Krusen Siu, Jalan Tebakang di sini, dilaporkan terbakar tengah hari tadi.

KEBAKARAN…Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran.

Komander Operasi PBK I KUP Sim Mui Chai berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 12.04 tengah hari.

“Kami menggerakkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian dan Siburan ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Sim, kebakaran melibatkan satu blok lapan pintu rumah jenis dua tingkat struktur tidak kekal, terbakar hampir 80 peratus.

Kebakaran berjaya dikawal dan kerja pemadaman masih dijalankan.

“Maklumat akan dikemaskini dari masa ke masa,” katanya.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU