ARTIKEL

Rumah panjang harus ada insurans rumah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Ketua rumah panjang dan mana-mana pemilik rumah kayu kampung di negeri ini digalakkan memohon insurans dengan Insurans Allianz kerana insurans tersebut sahaja yang sanggup membiayai rumah kayu ini apabila berlaku musibah.

Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Zon Tiga Sri Aman PgB Nik Muhammad Afiq Nik Roslan, difahamkan pelan Insurans Allianz akan memberi insurans sebanyak RM10,000 kepada pemilik rumah panjang mahupun rumah kayu yang mengalami kebakaran dan bencana alam.

“Kami difahamkan orang awam hanya perlu membanyar RM85 untuk setahun bagi pelan ini. Justeru, semua pemilik rumah panjang khasnya disaran untuk membuat permohonan.

“Sebab kita tahu bukan mudah untuk pihak insurans sedia ada memberikan perlindungan kepada rumah kayu kampung ini,” katanya semasa Program Kempen Kesedaran Keselamatan Kebakaran Bersama Anak-Anak Asnaf di BBP Betong semalam.

Tambahnya, kebanyakkan pihak insurans menawarkan pelindungan insurans kepada rumah yang diperbuat daripada batu bata jika dibandingkan dengan rumah kayu.

Bagaimanapun katanya, bomba amat menekankan langkah pencegahan kebakaran kerana banyak kes kebakaran rumah panjang akibat kecuaian.

BERITA LAIN

Naik Taraf Sekolah Mubaligh di Sarawak

KUCHING: Peruntukan RM30 juta untuk sekolah mubaligh Sarawak tahun ini bukan sahaja bagi menaik taraf infrastruktur, malah RM10 juta daripadanya dikhususkan untuk meningkatkan pencapaian akademik

BERITA TERBARU

Naik Taraf Sekolah Mubaligh di Sarawak

KUCHING: Peruntukan RM30 juta untuk sekolah mubaligh Sarawak tahun ini bukan sahaja bagi menaik taraf infrastruktur, malah RM10 juta daripadanya dikhususkan untuk meningkatkan pencapaian akademik