ARTIKEL

PROMOSI: Abdul Karim bersama kenamaan lain mempromosikan poster Persidangan Muzium Sarawak sempena ulang tahun ke-135 Bangunan Lama Muzium Sarawak di Bangunan Baitulmakmur II, Kuching, hari ini.

Rumah Panjang Melanau Kampung Sok bakal dipulihara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Usianya melebihi 150 tahun, namun Rumah Panjang Melanau Kampung Sok di Matu masih berdiri sebagai antara peninggalan warisan masyarakat Melanau yang perlu dipelihara untuk generasi akan datang.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, bangunan bersejarah itu mempunyai nilai budaya yang tinggi dan wajar diberi perhatian melalui usaha pemuliharaan untuk generasi akan datang..

Menurutnya, pihak muzium telah mengadakan lawatan ke rumah panjang berkenaan kira-kira dua minggu lalu bagi meninjau keadaan struktur bangunan serta mengenal pasti kerja pembaikan yang diperlukan.

Beliau berkata demikian pada sidang media Persidangan Muzium Sarawak sempena ulang tahun ke-135 Bangunan Lama Muzium Sarawak di Bangunan Baitulmakmur II, di sini, hari ini.

Rumah panjang yang dipercayai dibina menggunakan kayu belian itu masih memerlukan kerja pemuliharaan walaupun bahan berkenaan terkenal dengan ketahanan dan kekuatannya.

Bagaimanapun, usaha memulihkan bangunan warisan itu memerlukan penelitian teliti kerana membabitkan kos tinggi, keadaan struktur serta sumber pembiayaan yang bersesuaian.

Katanya, pihak muzium dijangka mengemukakan maklum balas hasil lawatan berkenaan kepada kementerian berkaitan untuk pertimbangan tindakan susulan.

Rumah Panjang Melanau Kampung Sok dipercayai dibina sekitar 1872 dengan empat pintu sebelum diperluas kepada 26 pintu pada 1888 menerusi gotong-royong penduduk setempat.

Bangunan sepanjang kira-kira 64 meter dan selebar 12.2 meter itu mengekalkan seni bina tradisional menggunakan kayu belian serta atap daun rumbia.

Kedudukannya berhampiran sungai turut mencerminkan kehidupan masyarakat Melanau terdahulu yang bergantung kepada kegiatan pertanian dan perikanan.

Rumah panjang berkenaan dipercayai satu-satunya peninggalan rumah panjang tradisional Melanau yang masih wujud di Sarawak, sekali gus mempunyai nilai sejarah dan budaya tersendiri.

Selain kerja pemuliharaan, cadangan menjadikannya sebagai tarikan pelancongan dan muzium hidup turut pernah dibangkitkan bagi memperkenalkan cara hidup serta tradisi masyarakat Melanau kepada pengunjung.

Usaha pemuliharaan itu diharap dapat mengekalkan struktur asal bangunan berkenaan serta memastikan sejarah dan identiti masyarakat Melanau terus diwarisi generasi akan datang.

BERITA LAIN

Wanita pemangkin pembangunan masyarakat

SARIKEI: Pemerkasaan wanita perlu terus diperkukuh kerana golongan itu memainkan peranan penting dalam membina keluarga sejahtera, membangunkan masyarakat dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan pendidikan

Kes penyeludupan dadah TUDM cetus kebimbangan – Karim

KUCHING: Dakwaan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menyalahgunakan kemudahan ketenteraan untuk menyeludup dadah perlu disiasat secara menyeluruh bagi memastikan integriti institusi pertahanan negara terus

BERITA TERBARU

Wanita pemangkin pembangunan masyarakat

SARIKEI: Pemerkasaan wanita perlu terus diperkukuh kerana golongan itu memainkan peranan penting dalam membina keluarga sejahtera, membangunkan masyarakat dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan pendidikan

Kes penyeludupan dadah TUDM cetus kebimbangan – Karim

KUCHING: Dakwaan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menyalahgunakan kemudahan ketenteraan untuk menyeludup dadah perlu disiasat secara menyeluruh bagi memastikan integriti institusi pertahanan negara terus