ARTIKEL

Abang Johari menyampaikan ucaptama. GAMBAR: UKAS

Rumah Panjang Silikon Bersepadu Buka Peluang Pelaburan Global Dalam Industri Semikonduktor

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LONDON: Rumah Panjang Silikon Bersepadu merupakan ekosistem menyeluruh yang membuka peluang pelaburan global dalam industri semikonduktor dan teknologi tinggi, kata Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, inisiatif ini bukan sahaja menyatukan kerajaan, industri, akademia dan rakan global di bawah satu bumbung, malah ia turut menjadi pelan konkrit Sarawak untuk bersaing di pentas global.

“Rumah panjang di Sarawak bukan sekadar tempat tinggal, ia lambang kerjasama dan kekuatan komuniti.

“Sama juga seperti Rumah Panjang Silikon Bersepadu yang akan menggabungkan pelbagai pihak untuk memacu inovasi dan pelaburan dalam industri semikonduktor,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama bertajuk Building the Integrated Silicon Longhouse: Sarawak Blueprint to Accelerate Global Investment & Industry Impact, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan bahawa langkah tersebut sejajar dengan pembangunan kawasan industri tinggi Zon Perindustrian Bebas Sama Jaya yang kini menempatkan syarikat multinasional seperti X-FAB dan Melexis.

“Projek terkini termasuk pengembangan kilang X-FAB bernilai RM3 bilion dan tapak ujian wafer terbesar Melexis di Kuching,” jelasnya.

Dalam pada itu, Abang Johari turut menekankan bahawa Sarawak juga berupaya menyokong industri ini dengan tenaga boleh diperbaharui yang bersih dan stabil serta Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030 yang menekankan keseimbangan sosial dan ekonomi.

Dengan inisiatif itu, beliau berharap dapat menarik pelaburan berteknologi tinggi, mengukuhkan bakat tempatan dan memperluas rantaian nilai semikonduktor di Asia Tenggara.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU