ARTIKEL

Rumah rosak Darul Hana, akan diambil tindakan sewajarnya.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Antara kerosakan rumah di bawah Projek Pembangunan Darul Hana.

KUCHING: Kerosakan unit perumahan di bawah Projek Pembangunan Darul Hana di sini akan diambil tindakan sewajarnya, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Mohamad Asman Ahmad.

Menurutnya, selaku agensi pelaksana projek tersebut, pihaknya memandang serius masalah kerosakan yang melibatkan rumah-rumah di kawasan tersebut seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

“HDC akan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengatasi masalah berkenaan. Namun ditegaskan bahawa struktur rumah tersebut masih dalam keadaan yang baik dan selamat diduduki,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya hasil daripada laporan teknikal pihak konsultan, keadaan rumah yang retak berpunca daripada pergerakan tanah akibat kerja pembinaan yang dijalankan di kawasan sekitarnya.

“Faktor lain yang boleh menjadi punca adalah perubahan aras air bawah tanah dan gegaran daripada kenderaan berat,” ujarnya.

Ketua Pegawai Eksekutif HDC Mohamad Asman Ahmad.

Tambahnya, pemeriksaan tapak kini dilakukan sebelum kerja-kerja baik pulih dimulakan, bagi memastikan kerosakan yang sama tidak berulang lagi.

“Dalam pada itu, bagi memastikan keselamatan penduduk berada pada tahap terbaik, pemantauan berterusan akan dilakukan.

“HDC akan berurusan dengan jabatan serta agensi berkaitan bagi mengatasi masalah tersebut,” jelasnya.

Beliau turut memohon kerjasama orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi serta menghentikan penularan gambar-gambar kerosakan rumah terbabit.

“Hal ini bagi mengelak rasa bimbang dan panik penduduk Darul Hana, seterusnya memberi ruang kepada pihak HDC untuk menjalankan tugas dan siasatan sebaik mungkin,” tegasnya.

Baru-baru ini, tular di media sosial beberapa keping gambar rumah penduduk Darul Hana yang rosak agak teruk walaupun baharu beberapa bulan diduduki.

 

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

BERITA TERBARU

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit