ARTIKEL

Rumah terbuka Raya di Lundu Ahad ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUNDU: Masyarakat di kawasan Lundu dijemput hadir memeriahkan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri pada 21 April (12 Syawal) ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan berkata, majlis itu dijadual bermula jam 10.30 pagi sehingga 3.00 petang di Dewan Mahligai Gading Lundu.

Menurut Azizul, beliau bersama-sama isteri menganjurkan rumah terbuka itu bagi menyantuni masyarakat yang berada di kawasan Lundu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Nancy Shukri dijadual menyerikan majlis rumah terbuka berkenaan dengan meluangkan masa bersama-sama penduduk di sekitar.

“Justeru orang ramai dijemput hadir dengan berpakaian kemas dan sopan untuk mewarnai suasana sambutan rumah terbuka ini,” kata Azizul.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU