ARTIKEL

RAKAMAN KENANGAN… Sekitar suasana Rumah Terbuka Sambutan TBC 2024 Sarawak yang berlangsung di BCCK, hari ini.

Rumah terbuka TBC Sarawak meriah, tanpa mengira bangsa berbusana tradisional Cina

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Masyarakat Sarawak pelbagai kaum dan agama tanpa mengira usia tidak melepaskan peluang untuk hadir memeriahkan rumah terbuka sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) 2024 Sarawak yang julung kali diadakan.

Walaupun sambutan bermula pada jam 9 pagi, orang ramai mula membanjiri Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, seawal jam 7 pagi.

Kemeriahan sambutan TBC kali ini bukan hanya dirasai oleh masyarakat berbangsa Cina tetapi juga rakan-rakan Melayu, Iban, India dan banyak lagi yang hadir mengenakan busana tradisional kaum masing-masing.

RAKAMAN KENANGAN… Sekitar suasana Rumah Terbuka Sambutan TBC 2024 Sarawak yang berlangsung di BCCK, hari ini.

Tidak kurang juga yang berpakaian tradisional kaum Cina berwarna merah walaupun berlainan bangsa, simbolik keutuhan perpaduan rakyat Sarawak yang meraikan perayaan tanpa mengira perbezaan.

Rumah terbuka ini juga diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi yang tiba pada jam 10 pagi.

Hadir sama, Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isterinya, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang yang akan tiba di BCCK pada 9.55 pagi.

Turut serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, semua Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian serta barisan Kabinet Negeri juga memeriahkan majlis.

Acara yang dijadualkan berakhir pada jam 3 petang ini juga turut menyaksikan pelbagai persembahan hiburan, tarian naga dan singa, acara simbolik “Yee Sang” serta jamuan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU