BINTULU: Sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Emas, Jalan Tanjung Batu musnah terbakar tengah malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Bintulu digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan sekitar jam 12.36 tengah malam.
Komander Operasi melaporkan kebakaran melibatkan bilik di tingkat atas rumah tersebut, dengan anggaran kerosakan 30 peratus.

Anggota bomba menggunakan satu aliran hos 300 kaki dan satu nozel dari pam jentera untuk memadam kebakaran.
Setelah memastikan kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya, anggota Bomba bertolak balik ke balai. Punca kebakaran masih dalam siasatan.

