ARTIKEL

Rundingan ambil alih Pelabuhan Bintulu masih berlangsung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan masih berunding berhubung pengambilalihan Pelabuhan Bintulu, kata Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurut Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan itu, perkara tersebut sedang berlangsung dan akan diteruskan seperti termaktub di bawah agenda Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Dengan penyusunan semula pelabuhan negeri kelak berada di bawah satu pihak berkuasa tetap – Lembaga Pelabuhan Sarawak, maka Pelabuhan Bintulu sepatutnya menjadi salah satu kluster pelabuhan negeri.

“Maka pembangunan dan pertumbuhan masa depannya akan diselaraskan dengan pelabuhan lain di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, di sini.

Mengulas lanjut, katanya usaha itu sejajar dengan saranan Jawatankuasa Antara Kerajaan 1962, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan telah dipinda untuk memasukkan Butiran 15 Senarai IIA (Tambahan kepada Senarai Negeri bagi Sabah dan Sarawak) dengan pihak berkuasa perundangan ke atas pelabuhan terletak hak pada Sabah dan Sarawak berkuat kuasa mulai Hari Malaysia, kecuali yang diisytiharkan oleh Perlembagaan Persekutuan sebagai pelabuhan persekutuan.

“Justeru, adalah menjadi kepentingan Sarawak untuk Pelabuhan Bintulu dikawal selia di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Dalam hal ini, Kerajaan Sarawak telah menyatakan hasratnya untuk mengambil alih Pelabuhan Bintulu dari Putrajaya,” tegasnya.

Tambahnya, Lembaga Pelabuhan Sarawak yang akan ditubuhkan akan bertanggungjawab mengawal selia, menyelaras, mengurusan, operasi, perancangan dan pembangunan semua pelabuhan untuk memastikan setiap pelabuhan memainkan peranan khusus dalam mempromosikan perdagangan dan perniagaan.

Setakat ini, pihak berkuasa pelabuhan negeri terdiri daripada Kuching, Rajang, Miri, Tanjung Manis dan Samalaju, akan menjalani penstrukturan semula untuk memastikan peralihan yang lancar ke dalam entiti baharu yang dikenali sebagai Lembaga Pelabuhan Sarawak.

BERITA LAIN

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan

Perlindungan kanak-kanak diperketat

PETRA JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses meminda Akta Kanak-Kanak 2001, bagi memperketatkan lagi perlindungan terhadap kanak-kanak. Menterinya, Datuk Seri Nancy

BERITA TERBARU