ARTIKEL

Rundingan FTA awal tahun depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Malaysia akan memulakan rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan negara-negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) pada awal tahun depan.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Datuk Hairil Yahri Yaacob berkata mesyuarat dua hala berkenaan akan diadakan di Riyadh, Arab Saudi. GCC merangkumi enam negara iaitu Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.

“Kita akan memulakan rundingan dengan negara-negara anggota GCC dan berharap FTA ini akan mengembangkan lagi pasaran eksport Malaysia selain mengurangkan kebergantungan terhadap negara-negara tertentu,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat mengenai Perjanjian Timbal Balas Amerika SyarikatMalaysia (ART) di sini.

Sesi itu melibatkan pihak berkepentingan utama seperti Persatuan Veteran Badan Beruniform Malaysia, Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.

Hairil Yahri berkata rundingan awal sebelum ini telah berlangsung secara tidak rasmi menerusi libat urus dalam talian yang menyaksikan kedua-dua pihak telah bersetuju dengan skop rundingan berkenaan.

Beliau juga menyifatkan usaha itu sebagai langkah untuk meneroka pasaran baharu selain dapat mempelbagaikan pasaran eksport negara di tengah-tengah cabaran membabitkan ART.

Laporan media sebelum ini menyatakan rundingan pertama perbincangan FTA dengan negara-negara anggota GCC akan dimulakan pada Disember ini, namun Hairil Yahri berkata tarikh berkenaan telah dipinda. – Bernama 

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU