ARTIKEL

Abang Johari ketika berucap Sempena Sesi Tinjauan Pasaran Malaysia 2024 anjuran Kumpulan AFFIN di Kuala Lumpur, hari ini. | FOTO UKAS

Rundingan Sarawak, LTAT tambah pegangan dalam Affin Bank dimuktamad dalam masa terdekat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan memuktamadkan rundingan dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk meningkatkan kepentingannya dalam Affin Bank Bhd. dalam masa terdekat.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagaimanapun enggan mendedahkan perubahan pegangan saham itu kerana rundingan masih diteruskan.

“Saya tidak fikir saya boleh mengumumkannya sekarang dengan mengambil kira keperluan kawal selia Bursa, tetapi ia akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

Kemudian, kita akan buat pengumuman rasmi, sama ada oleh kerajaan Sarawak atau Affin Bank,” katanya.

Beliau memberitahu media semasa sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada ‘Malaysia Market Outlook 2024 — Propelling Malaysia Forward’ di Menara Affin, Tun Razak Exchange di Kuala Lumpur hari ini.

Abang Johari menyifatkan langkah memperoleh pegangan tambahan sebagai pelaburan sekali gus membantu perusahaan kecil dan sederhana serta aktiviti perniagaan.

Kerajaan Sarawak kini mempunyai 4.95 peratus kepentingan dalam bank itu selepas ia membeli 112.56 juta saham pada pertengahan April tahun lalu pada RM1.97 sesaham, atau RM221.74 juta secara keseluruhan.

Menurut laporan The Edge, kerajaan Sarawak berminat untuk membeli tambahan 15 peratus Affin daripada LTAT yang mempunyai 29.7 peratus langsung dalam kumpulan perbankan, manakala unit milik penuh LTAT Boustead Holdings Bhd mempunyai 20.65 peratus kepentingan.

Sekiranya perjanjian itu berjaya, Sarawak akan menjadi pemegang saham ketiga terbesar Affin, memegang kira-kira 20 peratus kepentingan.

Pemegang saham kedua terbesar ialah The Bank of East Asia, dengan 23.79 peratus kepentingan.

Sementara itu, LTAT akan mengekalkan kedudukannya sebagai pemegang saham terbesar, mengekalkan gabungan kepentingan langsung dan tidak langsung sebanyak 35.3 peratus.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU