ARTIKEL

Abang Johari menerima kunjungan hormat daripada Naiyl, hari ini. | Foto: UKAS

Rusia berminat jalin kerjasama pertanian, aeroangkasa dengan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Rusia berminat memperluas kerjasama dengan Sarawak dalam bidang pertanian dan aeroangkasa, termasuk teknologi penanaman padi, pengeluaran makanan haiwan serta pembangunan kemudahan pelancaran roket dan satelit.

Duta Besar Persekutuan Rusia ke Malaysia, Naiyl M. Latypov berkata, Sarawak mempunyai potensi untuk menjalin kerjasama dalam kedua-dua bidang itu menerusi perkongsian kepakaran, teknologi dan pengetahuan bagi menyokong pembangunan sektor berkenaan.

Dalam bidang pertanian, Naiyl berkata, Rusia berminat meneroka kepakaran Sarawak dalam penanaman padi, penyelidikan pertanian serta bidang veterinar, khususnya pengeluaran makanan dan ubat-ubatan untuk haiwan.

Abang Johari menerima kunjungan hormat daripada Naiyl, hari ini. | Foto: UKAS

“Kami amat berminat dengan pengalaman dan keupayaan Sarawak dalam bidang veterinar, khususnya dalam pengeluaran makanan haiwan, termasuk kaedah penghasilannya serta jenis ubat-ubatan yang boleh dihasilkan untuk haiwan.

“Kami juga berminat dengan teknologi dan pengetahuan Sarawak dalam penanaman padi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, walaupun Rusia dikenali sebagai negara beriklim sejuk, wilayahnya yang luas turut merangkumi kawasan yang mempunyai iklim berbeza, termasuk kawasan yang sesuai untuk penanaman padi.

Menurut beliau, kepakaran dan teknologi yang dimiliki Sarawak berpotensi membuka ruang kepada pertukaran pengetahuan serta kerjasama penyelidikan bagi meningkatkan produktiviti pertanian.

Dalam pada itu, Rusia turut menyatakan kesediaan berkongsi kepakaran dengan Sarawak dalam pembangunan industri aeroangkasa, termasuk pembinaan kemudahan pelancaran roket dan penghasilan satelit.

Naiyl berkata, Sarawak mempunyai lokasi yang berpotensi untuk pembangunan pusat pelancaran roket, namun pelaksanaannya memerlukan kemudahan sokongan, kepakaran teknikal serta tenaga kerja tempatan yang terlatih.

“Saya berharap kerjasama ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak kerana kami dapat berkongsi pengalaman dalam pembinaan tapak pelancaran roket.

“Kami juga bersedia bekerjasama dalam penghasilan dan pembinaan satelit serta pembangunan kapasiti,” katanya lagi.

Beliau berkata, kerjasama dalam bidang aeroangkasa itu juga berpotensi diperluas menerusi Universiti ICATS, khususnya dalam bidang pendidikan dan latihan berkaitan industri berkenaan.

Pada masa yang sama, beliau memberitahu, Rusia bersedia menawarkan peluang kepada pelajar Malaysia untuk melanjutkan pengajian di negara itu, selain meneroka kerjasama dengan Universiti ICATS dalam pembangunan kapasiti.

Tambah Naiyl, pihaknya mempunyai pengalaman bekerjasama dengan UniKL MIAD dan berharap kerjasama seumpama itu dapat diperluas ke Universiti ICATS atau universiti lain.

“Justeru, perbincangan lanjut antara pakar kedua-dua pihak perlu diadakan bagi mengenal pasti peluang kerjasama yang bersesuaian serta memastikan cadangan berkenaan dapat diteruskan melalui tindakan susulan,” katanya.

BERITA LAIN

Moratorium hukuman mati dikaji, kekal atau ditamatkan

KUCHING: Kerajaan Persekutuan sedang mengkaji keperluan mengekalkan atau menamatkan moratorium pelaksanaan hukuman mati yang berkuat kuasa sejak 2018. Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Pembangunan) Bahagian

BERITA TERBARU

Moratorium hukuman mati dikaji, kekal atau ditamatkan

KUCHING: Kerajaan Persekutuan sedang mengkaji keperluan mengekalkan atau menamatkan moratorium pelaksanaan hukuman mati yang berkuat kuasa sejak 2018. Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Pembangunan) Bahagian