ARTIKEL

Gambar Hiasan

RUU Antibuli 2025 jadi fokus utama persidangan Dewan Rakyat hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Antibuli 2025 menjadi antara tumpuan mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, RUU itu dijadual dibentangkan bagi bacaan kali kedua untuk dibahas dan diluluskan Ahli-ahli Parlimen, usai sesi soal jawab lisan.

Dalam pada itu, antara soalan dibangkitkan pada sesi soal jawab lisan termasuk pertanyaan Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan) berhubung sama ada Kementerian Kewangan akan mempertimbangkan untuk menggantikan skim subsidi kerajaan sedia ada dengan bantuan sosial melalui MyKad berikutan kejayaan pelaksanaan mekanisme agihan program SARA.

Pada sesi sama, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) bertanyakan Menteri Ekonomi mengenai perkembangan rancangan pengelasan bantuan kerajaan berdasarkan pendapatan boleh guna bagi memastikan agihan subsidi lebih adil termasuk kepada sebahagian golongan T20 yang turut menghadapi tekanan kos sara hidup.

Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) pula bertanyakan Menteri Komunikasi berhubung rancangan kementerian untuk pindaan Akta FINAS 1981 berkenaan peraturan untuk kandungan dalam talian seperti kandungan melalui platform penstriman dan juga media sosial.

Turut menarik perhatian, soalan Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) kepada Menteri Pendidikan sama ada kementerian mempunyai rancangan untuk melantik warden sebagai jawatan khusus di sekolah-sekolah yang memerlukan warden.

Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-15 Dewan Rakyat yang berlangsung selama 35 hari akan berakhir Khamis ini.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan