ARTIKEL

PRIHATIN…Kamal (tiga kiri) menyampaikan bakul makanan kepada penghuni Rumah Seri Kenangan Kuching

RUU Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022 diharap mendapat kelulusan Dewan Negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Rang Undang-Undang (RUU) Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022 yang akan dibentang di Dewan Negara, November depan diharapkan mendapat kelulusan dua pertiga ahli Dewan Negara.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Kamal Pardi berkata, RUU tersebut seharusnya dibentangkan tahun lalu, namun tidak sempat dikemukan kerana pembubaran parlimen.

Dengan RUU itu diluluskan minggu ini, katanya, ia akan memudahkan pekerja untuk menyertai kesatuan sekerja mengikut kehendak mereka.

“RUU kesatuan sekerja ini akan meningkatkan taraf kesatuan pekerja dalam negara setaraf dengan peringkat antarabangsa dan mematuhi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

“Kami menjangkakan lebih ramai akan menjadi ahli kesatuan sekerja pada masa akan datang dan mengharapkan RUU ini diluluskan di Dewan Negara pada November nanti,” katanya berucap pada program Tanggungjawab Sosial Koporat (CSR) di Rumah Seri Kenangan Kuching, Batu 12, Jalan Kuching-Serian, di sini hari ini.

RUU Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022 telah mendapat kelulusan Dewan Rakyat melalui undian suara pada 10 Oktober yang lalu.

Pindaan dalam RUU ini akan mengalakkan penubuhan dan keanggotaan kesatuan sekerja serta dijangka akan meningkatkan liputan perjanjian kolektif dalam kalangan pekerja swasta dalam Malaysia.

Mengulas mengenai program CSR, Kamal berkata, program tersebut dilaksanakan di seluruh negeri di Malaysia untuk menunjukkan kesatuan sekerja dalam negara aktif.

Katanya, kesatuan sekerja dalam negara pada ketika ini mempunyai 765 kesatuan dengan hanya 960,000 pekerja dan jumlah itu amal kecil jika dibandingkan dengan 10 juta pekerja yang layak menyertai kesatuan sekerja.

Justeru katanya, program CSR yang dianjurkan boleh menarik minat pekerja untuk menyertai kesatuan sekerja.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Agung II Reostam Dahar dan Pengarah Rumah Seri Kenangan Kuching Sharifah Ranimah Wan Hashmi.

UNTUKMU…Kamal menyampaikan bakul makanan kepada Rumah Seri Kenangan Kuching.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU