ARTIKEL

Wilson pada sesi perbahasan RUU Lembaga Padi dan Beras Sarawak 2026 pada Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri(DUN) Sarawak Ke-19 di sini, hari ini. FOTO RAMIDI SUBARI

RUU Lembaga Padi dan Beras Sarawak buka peluang ekonomi luar bandar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Padi dan Beras Sarawak 2026 dilihat sangat relevan kerana dijangka mampu membuka peluang pekerjaan, menarik pelaburan serta merancakkan pengaliran ekonomi khususnya di kawasan luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus, Wilson Nyabong Ijang berkata, langkah berkenaan bukan sahaja akan memanfaatkan petani tetapi juga ekonomi Sarawak secara keseluruhan.

Menurutnya, RUU berkenaan juga melangkaui penanaman padi kerana merangkumi keseluruhan ekosistem termasuk penanaman, pengeluaran, pemprosesan, pembuatan, penyimpanan, pengedaran, penggredan, eksport, import, pemasaran dan pengkomersialan.

“Ini adalah pendekatan yang tepat kerana nilai sebenar dalam sektor pertanian bukan hanya di peringkat ladang tetapi di sepanjang rantaian nilai.

“Jika dilaksanakan dengan baik, lembaga ini boleh menjadi pemangkin kepada industri pemprosesan agro, produk hiliran beras, teknologi benih, pembuatan makanan, produk berorientasikan eksport, logistik, pembungkusan dan keusahawanan luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi perbahasan RUU Lembaga Padi dan Beras Sarawak 2026 pada Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 di sini, hari ini.

Tambahnya, sebagai wakil dari luar bandar khususnya dari Kapit, beliau juga amat mengalu-alukan peruntukan berkaitan kawasan pembangunan dan perancangan pembangunan yang diselaraskan.

Menurutnya, Fasal 34 memberi kuasa kepada Kerajaan Sarawak untuk mengisytiharkan mana-mana kawasan tanah negeri sebagai “Kawasan Pembangunan Padi”.

“Justeru, peruntukan ini bersifat strategik kerana banyak kawasan luar bandar di Sarawak mempunyai kawasan tanah yang luas dan sesuai untuk pengembangan pertanian, namun masih kurang dibangunkan akibat kekurangan penyelarasan, infrastruktur, sistem pengairan, pembiayaan dan sokongan teknikal.

“Dengan adanya lembaga ini, pembangunan boleh menjadi lebih tersusun, berpusat dan strategik. Apa yang penting, komuniti luar bandar akhirnya dapat disepadukan ke dalam ekosistem ekonomi yang lebih besar, berbanding beroperasi secara bersendirian dan terasing,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut memuji RUU tersebut sekali gus memaklumkan bahawa ia mengiktiraf sektor pertanian hari ini mesti dipacu oleh ilmu pengetahuan.

“Lembaga ini diberi kuasa untuk menjalankan penyelidikan, menggalakkan inovasi, mengkomersialkan hasil penyelidikan dan membangunkan modal insan. Ini amat kritikal.

“Kita tidak boleh terus bergantung semata-mata kepada kaedah pertanian konvensional sedangkan negara dan wilayah lain bergerak ke arah pertanian tepat, pertanian pintar iklim, pemantauan berasaskan kecerdasan buatan (AI), sistem pengairan pintar, teknologi benih hasil tinggi dan bioteknologi pertanian.

“Jika Sarawak serius untuk menjadi kuasa pengeluar makanan, maka pelaburan dalam sains pertanian dan pemodenan bukan lagi pilihan, sebaliknya satu keperluan,” jelasnya.

Beliau memberitahu tanpa penguatkuasaan, sebarang rangka kerja kawal selia akan menjadi tidak berkesan. Oleh itu, beliau juga menyokong peruntukan penguatkuasaan di bawah Bahagian VI.

Katanya, kuasa berkaitan pelesenan, siasatan, penyitaan, pendakwaan dan penalti adalah perlu untuk melindungi integriti industri padi dan beras.

“Ini amat penting bagi memastikan kawalan kualiti, pengedaran yang sah, standard penggredan yang betul, pematuhan kepada peraturan dan pencegahan manipulasi dalam rantaian bekalan.

“Justeru, kejayaan RUU ini bukan hanya bergantung kepada perundangan semata-mata. Ia bergantung kepada pelaksanaan. Oleh itu, pada masa akan datang, saya berharap Kerajaan Sarawak akan memberi perhatian serius terhadap beberapa keutamaan penting termasuk infrastruktur, penyertaan belia, jaminan pasaran, keterangkuman dan perancangan keselamatan makanan jangka panjang,” tegasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

16 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

TAWAU: Kira-kira 16 rumah kayu musnah dalam kebakaran di Lorong Fook Hwa, Batu 2, Jalan Apas, malam semalam. Ketua Zon Tawau Jabatan Bomba dan Penyelamat