HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

RUU MA63 dilulus, Sarawak tidak lagi dianggap menumpang – Abang Johari

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
bang Johari menyampaikan Surat Hakmilik Tanah Seksyen 18 kepada Ketua Kampung di sini hari ini.

MUKAH: Kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Dewan Rakyat Selasa lalu menjadikan Sarawak secara sah mempunyai hak autonomi dan setaraf kedudukannya dengan Semenanjung Malaysia.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beliau bersyukur kerana semua pindaan tersebut telah diluluskan termasuk Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1962 turut dimasukkan dalam perlembagaan tersebut.

“Kita tidak lagi dianggap menumpang, kita sama-sama berhak dengan mereka di Semenanjung,” katanya dalam Majlis Pemimpin bersama Rakyat di sini, petang tadi.

Apabila melibatkan hal autonomi kata Abang Johari, masyarakat perlu ambil peduli bagi melihat kepentingan Sarawak di dalam Malaysia.

“Kita perjuangkan satu demi satu hak autonomi ini sehingga saya menjadi Ketua Menteri dan kita mahu mengiktiraf hak Sarawak dan perlembagaan ini mesti dipinda iaitu Perkara 1 Perlembagaan dicadang dipinda dengan menggantikan Fasal (2) kepada Negeri-negeri Persekutuan.

“Kita di dalam kerajaan Sarawak termasuk Ahli Parlimen Mukah Datuk Hajar Hanifah Taib juga mahu dalam pindaan juga dicadang Perkara 160 pada Fasal 2 Perlembagaan dengan memasukkan takrif Hari Malaysia dan menggantikan takrif Persekutuan selaras semangat Perjanjian Malaysia bertarikh 9 Julai 1963,” katanya lagi.

 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru