ARTIKEL

ADUN Tanjung Datu, Azizul Annuar Adenan. - Foto: Ramidi Subari

RUU Pengagihan Gas (Pindaan) 2024 lindungi hak Sarawak dalam pengeluaran dan penggunaan hidrogen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kelulusan Rang Undang-undang (RUU) Pengagihan Gas (Pindaan) 2024 melindungi hak Sarawak dalam pengeluaran, penyimpanan, pengedaran dan penggunaan hidrogen sebagai sumber baharu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu, Azizul Annuar Adenan, berkata pindaan itu perlu diluluskan untuk memberi peruntukan dalam pengawalseliaan aktiviti berkaitan hidrogen.

“Ia bukan sahaja memberikan undang-undang yang baik dalam rangka kerja malah penting untuk melindungi hak Sarawak dalam pengeluaran, penyimpanan, pengedaran dan penggunaan semula sumber baharu.

“Oleh itu, mesti ada peraturan khusus untuk menangani pengeluaran hidrogen dan bekalan atau rantaian di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan RUU Pengagihan Gas (Pindaan) 2024 pada Persidangan Hari Pertama Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-19 di sini, hari ini.

Tambahnya, usaha itu boleh bermula dengan pensijilan seperti sijil jejak karbon (carbon footprint certification) dan pensijilan projek, kebolehkesanan elektrik hijau serta lain-lain.

“Kemudian, kita boleh meneruskan kepada reka bentuk dan kebenaran, termasuk penilaian tapak, penilaian kesan alam sekitar dan penilaian risiko.

“Langkah ketiga pula melibatkan perolehan dengan mengakses global dan bekalan rantaian yang boleh dipercayai.

“Ia melibatkan pengangkutan, pemunggahan dan pemuatan hidrogen sama ada dalam bentuk gas atau cecair,” katanya lagi.

Ujarnya, langkah terakhir ialah fasa pembinaan, yang dijalankan dengan selamat dan menepati masa.

Jelas Azizul, ia akan melibatkan faktor penyeliaan keselamatan, pentauliahan dan penyeliaan ujian.

“Selepas empat proses ini dilakukan, maka kita boleh memberi tumpuan kepada operasi aset dan pengurusan,” ujarnya.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi