ARTIKEL

ADUN Tamin, Ir Christopher Gira Sambang | Foto: Ghazali Bujang

RUU Perlembagaan Negeri Sarawak langkah strategik pemodenan Sarawak masa depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2025 yang membolehkan lantikan sehingga empat orang tambahan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bukan sekadar penyelarasan pentadbiran, malah merupakan langkah strategik untuk Sarawak menuju era pemodenan masa depan.

ADUN Tamin, Ir Christopher Gira Sambang berkata, inisiatif pelantikan tambahan ini dilihat satu tindakan wajar dan tepat pada masanya, selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Negeri dalam langkah menentukan struktur majlis eksekutif sendiri.

“Ini bukan sekadar pelarasan pentadbiran.

Ia adalah langkah strategik untuk meningkatkan kapasiti eksekutif, memantapkan tumpuan khusus bagi kementerian yang kompleks dan memperkukuh penyampaian dasar, khususnya dalam bidang-bidang yang kini memerlukan perhatian segera seperti peralihan tenaga dan ekonomi hijau, transformasi digital, agensi pembangunan wilayah serta pendidikan dan pembangunan bakat,” katanya dalam ucapan perbahasan RUU Perlembagaan Negeri Sarawak pada Persidangan DUN Sarawak Ke-19, hari ini.

Tambahnya, RUU ini juga sebagai tuntutan kementerian yang memikul portfolio yang jauh lebih luas berbanding bidang kuasa asal.

“Jika kita mengharapkan pelaksanaan yang pantas, pembangunan yang dipercepat dan koordinasi yang lancar, maka kita mesti memperkasakan eksekutif dengan tenaga dan kepakaran yang mencukupi.

“Sebagai contoh, Kementerian Infrastruktur kini mengendalikan sistem jalan raya kompleks, pembesaran jambatan, perlindungan pesisir, pemetaan digital dan koordinasi agensi; Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi sedang memperluas elektrifikasi luar bandar, rangkaian bekalan air dan sambungan fiber ke kawasan pedalaman; Kementerian Pendidikan dan Pembangunan Bakat membentuk tenaga kerja masa depan Sarawak sambil menyelaras dengan pelbagai agensi dan institusi,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau percaya penambahan sehingga empat anggota kabinet akan membolehkan perhatian yang lebih fokus terhadap tanggungjawab yang semakin berkembang.

Dengan lebih ramai anggota kabinet katanya, kepimpinan mampu mengurangkan kesesakan birokrasi, memendekkan rantaian kelulusan dan memastikan pembangunan hingga ke rumah panjang dan kampung, bukan hanya ke pusat bandar.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU