ARTIKEL

SA N GA R PUISI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

CINTA DARI KAMAR PAK TUA

Diksi cinta mengintai jendela,

Air mata Pak Tua tumpah.

Dek sejarah bernama kenangan,

Dekad ini dalam ingatan.

Andai ini persediaan,

Sebelum jasad pergi.

Senyuman bangkit di bibir ayahanda,

Hatinya menghitung zikir.

Menutur mesra kalam suci,

Bersama seuntai selawat.

Dalam doa harapan,

Berteleku di alas penantian.

Anakku,

Bakal muncul di sisi.

Tirai.

AIDA NOR JUMILAH ABDULLAH

GURINDAM TRAGEDI

Elak tragedi amal waspada,

supaya duka tidak melanda.

Hindar tragedi dengan beringat,

kesannya kurang berita hangat.

Halang tragedi dari berulang,

rakyat tak lagi bernasib malang.

Kaji tragedi siasat punca,

akan terhapus fitnah dan cerca.

Cegah tragedi ambil tindakan,

moga mangsanya dapat dikurangkan.

Fikir tragedi ujian menduga,

di masa depan lebih siaga.

Percaya tragedi suatu takdir,

reda di hati harapnya hadir.

Renung tragedi sebagai iktibar,

pedoman hidup terbuka lebar.

NAZIM MOHD SUBARI

DI HARI PEMERGIANMU 

Kenangan-kenangan cuba menjadi puisi

namun semuanya tak setanding

bahasa air mata

Kata-kata cuba menenangkan jiwa

tak mampu memujuk hiba

setulus bait doa

Cukuplah, nisan-nisan meneguhkan ibrah

betapa usia tak selama mana

akhirnya dijemput

pulang.

NIZAM WAHID

BERITA LAIN

PEJUANG NAFKAH

Dia tidak pernah ambil tahu jika wang di saku sering berbaki cukup-cukup nyawa. Dia tidak pernah peduli kalau ringgit makin mengukuh merujuk ungkapan orang ekonomi.

GELANDANGAN

Melintasi kedai serba ada kulihаt dia berbaring santai menyesak ruang masуk ke pintu kedai pelanggan lalu-lalang memandang sinis menutup hidung. Kita ini miskin atau kaya

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan