ARTIKEL

Abdul Karim menerima cenderamata daripada Timbalan Presiden SABERKAS, Datuk Michael Tiang pada Majlis High Tea bersama Zon Tengah. Foto TVS

SABERKAS anjur 310 program sepanjang 2025, perkukuh perpaduan belia Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) terus membuktikan peranannya sebagai badan belia paling aktif di Sarawak apabila menganjurkan 310 program sepanjang tahun 2025, sekali gus menjadi pemangkin utama perpaduan belia berbilang kaum.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata pencapaian itu mencerminkan komitmen tinggi kepimpinan serta ahli di semua peringkat, daripada exco negeri hingga ke cawangan dan ranting.

“Ini bermakna hampir setiap minggu, malah hampir setiap hari, ada program SABERKAS berlangsung di suatu tempat di Sarawak,” katanya ketika berucap pada Majlis High Tea Presiden SABERKAS bersama SABERKAS Cawangan Zon Tengah di sini, semalam.

Menurut Abdul Karim yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, keaktifan SABERKAS bukan sahaja diiktiraf di peringkat negeri, malah turut menarik perhatian organisasi belia di peringkat kebangsaan termasuk Majlis Belia Malaysia (MBM) serta Kementerian Belia dan Sukan.

“Mereka sangat kagum dengan cara SABERKAS mengurus dan membangunkan belia di Sarawak, termasuk dari segi pengurusan kewangan dan pelaksanaan program,” katanya.

Beliau menegaskan, kekuatan utama SABERKAS terletak pada pendekatan inklusif dan merentas kaum, selaras dengan realiti Sarawak yang mempunyai 34 suku kaum.

“SABERKAS menghimpunkan orang Melayu, Cina, Dayak dan kaum-kaum lain. Kita tidak melihat daripada sudut politik, bangsa atau agama, sebaliknya membawa agenda menyatupadukan rakyat, khususnya golongan belia,” katanya.

Tambah beliau, pendekatan itu turut menyumbang kepada kestabilan sosial di Sarawak, di samping membantu membentuk pemimpin masa depan yang mempunyai pemikiran ‘Sarawakian outlook’, iaitu melihat kepentingan semua komuniti tanpa mengira latar belakang.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU